DCL GRASROOT BAKAL DIPERKENALKAN SEPENUHNYA 2020

Posted on

DCL GRASROOT adalah sebuah liga bolasepak yang bertujuan khusus untuk melaksanakan dasar-dasar di bawah FAM GRASROOT yang ingin lebih banyak liga bolasepak akar umbi dijalankan mengikut satu piawaian dan format yang sama di seluruh negara.

Namun begitu,bagi 2019 ianya adalah pra-pengenalan atau boleh dikatakan sebagai minj DCL GRASROOT kerana saiz penyertaan lebih kecil daripada apa yang akan diperkenalkan iaitu melibatkan sekurang-kurangnya 14 perlawanan kepada semua pasukan.

Kesemua pemain akan diberikan medal atas penghargaaan menyertai dan dan sama-sama belajar sesuatu positif daripada sebuah liga. Liga ini akan berjalan selama 5minggu dan akan berkelana ke 3-4 lokasi berbeza.

Selain itu,jika tiada sebarang permasalahan kejohanan ini akan mendaftar di bawah SUPARIMAU,sebuah program di bawah jabatan AKAR UMBI FAM. Ianya akan memberikan hak eksklusif penggunaan logo SUPARIMAU dan wakil FAM akan hadir semasa program berlangsung.

Ayuh,kita meriahkan kejohanan kali ini. Kita berjuang demi masa depan Harimau Malaya.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.