DTC-JDT P.G DOMINASI BAHAGIAN TENGAH UNTUK MENANG PERLAWANAN

Posted on

DTC-JDT P.G berjaya memenangi perlawanan menentang DTC-JDT KOTA TINGGI dengan keputusan perlawanan 1-0 dalam sebuah perlawanan yang menarik untuk disaksikan. DTC-JDT P.G bermain kawalan bola yang baik manakala DTC-JDT KOTA TINGGI bermain permainan bercorak direct play mencari target man mereka disamping sesekali menggunakan pemain sayap untuk menjana serangan.

DTC-JDT P.G bermain baik di bahagian tengah dengan kawalan bola yang sangat baik dan hantara penetratif yang baik mencari pemain sayap kiri dan kanan sebelum membuat banyak hantaran melintang mencari pemain penyerang tunggal mereka yang tinggi.

Namun beberapa kali gerakan yang diatur oleh mereka tersekat oleh kerana permainan fancy mereka seakan-akan bermain futsal. Gerakan yang sepatutnya diawalkan telah diperlahankan oleh pemain mereka yang menjadikan ada beberapa ketika mereka kehilangan bola di kawasan tengah dan pasukan lawan berjaya menghasilkan gerakan pantas untuk membina serangan.

Bagi DTC-JDT KOTA TINGGI pula ada pemain mereka yang mempunyai kualiti teknik individu dalam menggelecek yang baik dan beberapa kali berjaya mengkucar-kacirkan pemain pertahanan DTC-JDT PASIR GUDANG. Namun ketiadaan rakan sepasukan yang membantu beliau membuatkan agak sukar untuk memasuki kawasan attacking third pasukan lawan.

Permainan ini juga disajikan dengan beberapa kekasaran dan kecederaan samada akibat pergelutan perebutan bola ataupun kecergasan yang kurang baik. Keputusan kelihatan seakan bertukar menjadi seri apabila pasukan DTC-JDT PASIR GUDANG sedikit memperlahankan permainan selepas mendahului.

Namun kualiti akhir bahagian serangan adalah kunci utama kenapa kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang jaringan tambahan. Akhirnya DTC-JDT PASIR GUDANG berjaya memenangi perlawanan tersebut. Keputusan kekal DTC-JDT PASIR GUDANG 1 dan DTC-JDT KOTA TINGGI 0.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.