DTC KULAI SUDAH BERSEDIA HADAPI DCL

Posted on

DTC Kulai kelihatan sangat bersedia menghadapi saingan DCL U14 kali ini apabila keputusan perlawanan persababatan Pra-DCL memihak mereka apabila memenangi kesemua 3 perlawanan persahabatan tersebut.

Berikut adalah keputusan perlawanan mereka:

  • DTC KULAI U14 ( 3 ) vs ( 1 ) FAJAR SELATAN
  • DTC KULAI U14 ( 2 ) vs ( 1 ) DTC KOTA TINGGI U14
  • DTC KULAI U14 ( 4 ) vs ( 3 ) DTC JB U14
  • GELANG PATAH FC U14 ( 0 ) vs ( 4 ) DTC KULAI U14

Daripada perlawanan persahabatan tersebut mereka berjaya jaringkan sebanyak 13 gol dan dibolosi 5 gol. Ianya satu angka yang agak baik daripada segi jaringan namun harus diperbaiki daripada aspek bertahan apabila dibolosi sebanyak 5 kali.

Mereka yang dibarisi Pengurus Pasukan,Encik Isa Bin Radmin,Ketua Jurulatih Encik Iryani Bin Mahat telah sudah pastinya mahu menebus kekecewaan gagal ke peringkat kalah singkir dalam kejohanan LIGA JDT 2019. Kealzaman pasukan ini untuk terus bangkit sangat dipuji. Adakah DTC KULAI akan memberikan saingat sengit pada semua pasukan yang menyertai DCL? Sama-sama kita nantikan.

 

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.