DTC PASIR GUDANG MELANGKAH SELAKU JUARA DCL FIESTA

Posted on

DCL Fiesta adalah sebuah kejohanan yang dijalankan dengan durasi yang lebih singkat iaitu 15 minit sahaja separuh masa. Ianya melibatkan 20 pasukan dan telah dijuarai oleh DTC PG. Kemenangan itu membolehkan mereka menyertai DCL 2019 secara percuma.

Kehebatan DTC PASIR GUDANG tak boleh dinafikan lagi apabila pada 2018 mereka adalah Naib Juara yang cemerlang mengungguli carta kumpulan selaku Juara Kumpulan. Pada saingan DCL Fiesta pula mereka mudah mengetepikan saingan pasukan lain.

Antara salah satu faktor kejayaan mereka adalah sokongan ibu-bapa yang sangat hebat semasa semua kejohanan yang disertai. Mereka akan ikut ke mana sahaja pasukan ini pergi demi menyokong anak-anak mereka. Ianya bagaikan sebuah Ultras bagi DTC PASIR GUDANG itu sendiri.

Diharapkan pada saingan kali ini,DTC PASIR GUDANG mampu memberikan yang terbaik supaya tidak menghampakan harapan semua penyokong mereka. Sudah lama DTC PASIR GUDANG menjadi kebanggan penduduk Pasir Gudang yang tidak putus melahirkan bakat-bakat hebat dalam sukan bolasepak.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.