GELANG PATAH F.C BERMULA LANGKAH KANAN

Posted on

Pada edisi DCL 2019 kali ini,Gelang Patah F.C(dikenali GPFC) seakan mendapat satu tenaga baru berbanding penyertaan mereka di edisi sebelum ini apabila mencatatkan 2 kemenangan,antara pencapaian terbaik mereka tahun ini.

Mereka menduduki tempat ke-2 dengan 6 mata,5 gol dan 1 bolos berbanding juara kumpulan B,DTC KULAI yang juga meraih 6 mata,10 gol dan 2 bolos satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Mereka memenangi perlawanan pertama dengan keputusan GPFC(3)-(1) IEDT dan perlawanan kedua GPFC(2)-(0)DTC-JDT PANGERANG.

Diharapkan prestasi mereka dapat dikekalkan sehingga baki 5 perlawanan supaya mereka dapat mencabar pasukan-pasukan lain dan membuktikan bahawasanya kelab bolasepak komuniti juga mampu memberikan cabaran terhadap semua projek bola seperti NDFP dan DTC-JDT.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.