JADILAH PENYOKONG TERHEBAT DCL

Posted on

*Gambar sekadar hiasan

Menjadi penyokong sesebuah pasukan bolasepak sememangnya menyeronokkan. Ianya menjadi sebuah aktiviti masa lapang untuk diisi bersama keluarga sambil bersorak menyokong pasukan kesayangan yang kebiasaannya terdapat rakan,anak,bekas pemain dan juga adik beradik di dalamnya.

Ianya satu usaha yang baik kerana anda adalah sebahagian daripada faktor semangat juang mereka berkobar-kobar  kerana mereka sentiasa bersemangat mendengar sorakan anda. Apalah ertinya bolasepak tanpa penyokong? Sunyi dan sepi tiada bermaya.

Tapi bagaimanakah ingin menjadi seorang penyokong terhebat DCL? Mudah sahaja ini adalah sebahagian daripadanya:

-Merokok di kawasan padang terbuka adalah ditegah sama sekali. Mereka sedang bergiat aktif jalani kehidupan sihat,jangan jadikan mereka mangsa asap rokok anda

-Tidak perlu jadi pegawai pasukan tanpa lesen. Tidak perlu berada di kawasan teknikal permainan semasa perlawanan sedang berlangsung. Berikan sepenuh kuasa dan kelebihan kawasan itu kepada pegawai pasukan. Berdirinya anda di sana,mengganggu pasukan.

-Jaga tingkah laku anda dan ahli keluarga. Jangan biarkan anak anda masuk ke kawasan padang yang sedang berlangsung permainan ataupun terbangnya plastik aiskrim anda ke dalam padang. Ataupun anda leka biarkan anak anda bermain bola sehingga masuk ke dalam padang,ianya mengganggu.

-Hormati keputusan pengadil. Kalau anda terlalu hebat dalam LAW OF THE GAME(LOTG),anda boleh jadi pengadil akar umbi yang akan diperkenalkan kelak. Belajar di praktikkan di atas padang berbanding menambahkan suhu permainan yang tidak membantu pembangunan bolasepak.

Banyak lagi yang anda boleh lakukan sebenarya untuk jadi penyokong terbaik terutama di padang bolasepak terbuka seperti di Padang Dataran MPPG. Jika di dalam kawasan Stadium,ianya lebih mudah dikawal kerana mereka sudah faham seperti mana kebiasaannya dilihat di dalam TV. Tapi apabila padang terbuka seakan perkara ini dilupakan.

Ayuh kita berubah ke arah yang lebih baik demi pembangunan bolasepak akar umbi di Johor.

 

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.