JDT BAKAL TAKLUKI DCL?

Posted on

Pada DCL kali ini sebanyak 2 pasukan daripada Akademi JDT akan sertai iaitu Akademi JDT Bawah 13 dan Akademi JDT Bawah 12. Penyertaan pasukan kali ini juga kebanyakannya disertai oleh program DTC-JDT dan sebahagian daripada program NFDP (atau juha dikenali PPBN).

Pasti kali ini saingan liga akan menjadi lebih menarik kerana semua sudah maklum falsafah pembangunan JDT yang sangat hebat yang telah diperkenalkan oleh TMJ. Dengan kelengkapan padang latihan yang sangat baik,serta peralatan-peralatan bertaraf dunia ditambah lagi jurulatih profesional tempatan dan luar negara sudah semestinya akan memberikan saingan hebat kepada semua pasukan.

Kita juga akan melihat 4 pasukan kelab bagaimana mana mereka bersaing dalam kelompok program bolasepak yang sangat baik perancangannya. Kejayaan semua pasukan menyertai kejoahanan kali ini tidak boleh disangkal lagi. Kejayaan Akademi JDT U13 menjadi JUARA JSSL INTERNATIONAL PROFESSIONAL 7’S BOYS 2018 dan JDT U12 JUARA MSSM U12 2019 telah membuktikan mereka akan memberikan cabaran terhebat dalam saingan kali ini.

Mungkinkah kita akan melihat juara bertahan iaitu SMK PASIR GUDANG akan diganti dengan Akademi JDT? Atau ada kejutan yang lebih hebat akan berlaku? Sama-sama kita nantikan.

 

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.