KEPERLUAN UJIAN KECERGASAN

Posted on

Apabila ujian dijalankan di padang,perkara-perkara seperti permukaan padang dan cuaca akan mempengaruhi ujian. Jika ujian perlu diulangi semula,harus berusaha untuk memastikan keadaan padang dan cuaca dalam keadaan paling hampir dengan keadaan sebelum ini.Penggunaan padang tiruan boleh mengurangkan perbezaan ini. Untuk menyingkirkan perbezaan,ujian mungkin boleh dijalankan di kawasan tertutup walaupun akan hilang serba sedikit situasi perlawanan sebenar dengan pendekatan ini.

Pelaksana ujian haruslah sentiasa memastikan faktor-faktor ini diperbaiki untuk mendapatkan keputusan ujian yang boleh dipercayai:

  • Pemain harus rehat dengan secukupnya
  • Pemain harus memanaskan badan dengan sempurna
  • Pemain harus diberikan arahan yang jelas bagaimana ujian akan dilaksanakan
  • Kelengkapan ujian harus dalam keadaan terbaik dan kawasan ujian ditanda dengan betul
  • Pemain harus tahu tujuan ujian tersebut dijalankan

Rehat dengan secukupnya bermaksud pemain tidak melakukan sebarang latihan intensif hari ujian ingin dilakukan. Ujian kecergasan juga memerlukan tempoh memanaskan badan. Aktiviti memanaskan badan bergantung kepada bentuk ujian yang ingin dijalankan. Adalah baik sekiranya aktiviti memanaskan badan diseragamkan apabila ujian kecergasan yang sama ingin dijalankan.

Secara optimumnya ujian hendaklah dijalankan pada masa yang sama pada hari kejadian dan pemain harus sudah minum air yang mencukupi dan sudah merancang pemakanan mereka sebelum ujian.

Berikut antara ujian yang boleh dijalankan:

  • Intermittent Endurance
  • Intense Intermittent Exercise Capacity
  • Maximum Heart Rate
  • Non Exhaustive Test
  • Sprint Ability
  • Repeated Sprint Ability
  • Agility
  • Explosive Power
  • Strength
  • Balance
  • Futsal

Harus diingatkan pemilihan ujian kecergasan ini adalah bergantung kepada level pertandingan,umur dan jantina. Pemilihan jenis ujian haruslah sesuai dengan keadaan dan juga faktor di atas. Diharap serba sedikit maklumat tentang ujian kecergasan ini mampu membantu kelab-kelab dan pasukan menyertai DCL 2019 membuat perancangan supaya pasukan memberikan saingan terhebat mereka.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.