PERMAINAN BERSIFAT FIZIKAL,PERLUKAH INI BERLAKU?

Posted on

Sukan bolasepak sememangnya sebuah sukan yang menggunakan fizikal kita dalam setiap pergerakan terlibat. Daripada sebuah sepakan percuma,balingan ke dalam dan percubaan tepat ke arah gol semuanya melibatkan banyak otot-otot daripada tubuh kita.

Jika dilihat dalam bolasepak yang melibatkan kategori akar umbi(7-12 tahun) sehinggalah ke peringkat remaja(13-18 tahun) kebanyakannya sukan ini mula melibatkan pertarungan fizikal di kategori remaja. Kebanyakan persaingan individu satu lawan satu akan memerlukan seseorang itu lebih tegap dan mempunyai stabiliti badan yang baik supaya dapat kekal bersaing dalam perebutan bola.

Adalah satu kelebihan apabila sesebuah pasukan itu memiliki barisan pemain yang tinggi dan bertubuh sasa. Namun ianya tidaklah menafikan keupayaan pemain yang rendah kerana fizikal pemain itu adalah salah satu faktor tambahan dalam banyak aspek yang menjadikan mereka seorang pemain handalan. Ianya bukan faktor penentu mutlak kejayaan sesebuah pasukan malahan dengan kreativiti seorang jurulatih,pasukan dibarisi pemain berfizikal tinggi dan sasa juga boleh ditewaskan oleh pasukan dibarisi pemain rendah jika mengenakan taktikal bersesuaian.

Menjadi persoalan di sini adalah bagaimana kita ingin menggunakan kelebihan ini supaya tidak merosakkan corak permainan pasukan lawan dan juga pasukan sendiri? Adakah kita mahu corak permainan kasar dan agresif ini digunakan supaya pasukan lawan tidak mampu mengatur langkah dalam merencana serangan? Atau kita akan meminta pemain lakukan apa sahaja samada terjahan bersih atau bahaya asalkan kita memenangi perlawanan?

Adalah digalakkan di peringkat akar umbi kita diterapkan dengan corak permainan membina serangan daripada penjaga gol sehinggalah masuk ke kawasan serangan tiga(attacking third). Perlu memiliki bola dengan selesa dan pantas supaya proses transisi untuk ke bahagian serangan lebih teratur. Jangan diberikan tunjuk ajar corak permainan fizikal melampau semata-mata untuk merencatkan pembinaan serangan pasukan lawan dengan permainan fizikal.

Kenapa perkara permainan terlalu fizikal ini berlaku dalam budaya bolasepak kita adalah antaranya disebabkan sistem pertandingan di peringkat komuniti kita yang terlalu singkat dan menyebabkan menjaringkan gol adalah matlamat utama semua pasukan berbanding permainan yang baik melalui binaan serangan daripada bawah. Namun kita perlu berbangga dengan pengenalan Piagam Suparimau,kita akan menyaksikan perubahan sedikit demi sedikit ke arah perlawanan yang lebih baik daripada segi format dan objektif utama adalah melahirkan pemain mengikut DNA MALAYSIA.

  • Share

1 Comments

  1. mazlie says:

    power

Leave a comment

Your email address will not be published.