PLD JB U13 JELMAAN STYLO MYLO JUARA DCL U12?

Posted on

Jika anda mengikuti perkembangan DCL 2018,sudah pastinya akan tahu betapa hebatnya Stylo Mylo dalam saingan tahun tersebut. Namun begitu,mereka diberikan tentangan sengit oleh ATJ apabila diheret ke penentuan sepakan penalti apabila masa penuh berkesudahan 1-1. Namun,tuah memihak Stylo Mylo apabila menang penentuan sepakan penalti.Selain itu barisan pemain mereka memang terkenal dengan kejuaran Futsal Milo Hidup Bola saban tahun menjadi juara memberikan kebanggan kepada rakyat negeri Johor.

2019 lain pula ceritanya. 4 orang bekas pemain Stylo Mylo dan 2 orang pemain ATJ bergabung disamping baki 14 pemain datang daripada pelbagai latar belakang pasukan dan kelab. Ada yang pernah terpilih untuk latihan ke Barcelona tahun lepas selain datang daripada AT Putrajaya berkelana mencari pengalaman di Johor.Pengurus pasukan PLD JB U13 juga diuruskan oleh pengurus pasukan Stylo Mylo DCL 2018(U12). Berikut adalah senarai penuh staf pengurusan PLD JB U13 kali ini:

Minta sekali nama penuh & IC
1. Pengurus
-Roheme Idris

2. Jurulatih
-Syafizan bin Ahmad
-Lesen C AFC/FAM

3. Penolong jurulatih
-Mohd Rosli Bin Che Hamid
-Lesen B AFC/FAM

4. Fisioterapi
-Mohd Hazim Bin Mohamad Aris

Dengan gabungan pengalaman dan kemahiran tidak mustahil PLD JBU13 bakal menjadi kuasa besar yang memberikan saingan terbaik kepada pasukan lain dalam DCL 2019(U14). Atau mereka akan dinobatkan sebagai Juara DCL U14? Sama-sama kita nantikan.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.