PPBN TASEK UTARA LABELKAN DIRI PASUKAN KERDIL,TAPI AKAN BERIKAN TERBAIK

Posted on

Menurut pengurus pasukan mereka,En Hisham yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih,En Mohd Rosli skuad kali ini boleh dianggap kerdil berbanding pasukan-pasukan lain daripada kelab,DTC-JDT dan PPBN yang lain. 

Mereka terpaksa akur dengan menghasilkan pemain terbaik mereka juga seharusnya bersedia melepaskan pemain itu ke tempat lain. Kebanyakan bakat-bakat mereka telah berhijrah ke Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan DTC-JDT.

Namun itu tidak menjadi penghalang bagi mereka membuat persiapan rapi. Mereka tetap memberikan sepenuh tenaga dalam setiap latihan yang dijalankan. Mereka tetap optimis sesuatu yang positif akan muncul dengan kerjas keras mereka.

Mereka ingin mengajak mana-mana individu, syarikat korporat mahupun perniagaan persendirian yang berminat ingin membuat sumbangan bagi menghadapi liga ini,boleh berurusan dengan pengurus mereka di talian +6013 703 2062(En Hisham) untuk keterangan lebih lanjut.

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.