SMK PASIR GUDANG BERJAYA DOMINASI PERMAINAN

Posted on

SMK PASIR GUDANG berjaya mendominasi permainan selama tempoh 60 minit permainaN dilangsungkan. Mereka berjaya menghasilkan  7 percubaan tepat ke arah gawang pasukan lawan dan 6 percubaan tidak tepat. 

Mereka berjaya menjaringkan 2 gol(min 5&22) di separuh masa pertama dan 1 gol di separuh masa kedua(min 44). Mereka sangat kondusif di semua posisi semasa bertahan dan menyerang.Kebanyakan pemain mereka mempunyai teknik individu yang baik dalam menahan bola,hantaran bola, dan banyak lagi.

Kebanyakan serangan mereka dijana daripada penjaga gol dan menerusi defensive third dan melalui middle third dan masuk ke kawasan attacking third kombinasi permainan hantaran pendek dan jauh yang baik di antara sesama pemain.

Pada perlawanan ini,DTC JDT JB U13 bergelut dalam bersaing dengan fizikal pemain pertahanan lawan yang lebih tinggi semasa fasa serangan yang kebanyakannya dijana daripada kawasan wide area sama ada sebelah kiri dan kanan. Namun terdapat beberapa gerakan menarik dilakukan oleh mereka menerusi aksi pemain cilik mereka yang keseluruhannya berusia 13 tahun.

Terdapat kesungguhan pasukan DTC JDT JB U13 dalam merencana serangan dengan memegang bola lebih lama untuk menunggu rakan sepasukan bersedia sebelum membuat hantaran. Namun begitu,ada aspek perlu diperbaiki iaitu kualiti teknik individu pemain terutamanya pemain tengah mereka.

 

  • Share

0 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published.