Tentang Kami

DCL adalah sebuah liga yang dicetuskan oleh 4 anak muda yang berasala daripada 4 kelab berbeza. Melihat tiada sebarang liga melibatkan kategori akar umbi,mereka terpanggil untuk menganjurkan sebuah kejohanan yang berstruktur daripada usia 12-16 sehinggalah peringkat belia.

DCL ini menjanjikan sebuah kejohanan bolasepak akar umbi kompetitif sepanjang tahun d dalam daerah Johor Bahru dan dalam perancangan masa panjang untuk diluaskan ke peringkat Johor. Ini sedikit sebanyak mebantu persatua-persatuan bolasepak daerah di dalam Johor mencungkil bakat-bakat uda yang terpenda,m skian lama tanpa bergantung sepenuhnya liga anjuran KPM,JDT dan MSSD.

Visi dan Misi

VISI
Merevolusikan bolasepak akar umbi Johor

MISI
DCL berhasrat untuk mewujudkan sebuah liga bolasepak akar umbi profesional sepanjang tahun yang kompetitif bagi keperluan kelab dan sekolah di dalam negeri Johor

Pasukan Pengurusan

Mohd Fadzli
Penasihat DCL

Pasukan pengurusan terdiri daripada SU Kehormat JBFA,dan 4 orang Presiden kelab bolasepak berdaftar dengan pesuruhjaya sukan dan juga ahli gabungan JBFA. Mereka mempunyai kepakaran tersendiri dan diletakkan mengikut kepakaran masing-masing. Dua daripada mereka juga adalah jurulatih yang aktif dalam bidang kejurulatihan yang mana mengetahui betapa pentingnya liga bolasepak kompetitif sepanjang tahun. 2 lagi mereka pula adalah usahawan yang berjaya dalam bidang keusahawanan masing-masing. Mereka berfikiran bidang bolasepak ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dengan cara yang tersendiri.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka seperti makluman yang disertakan.

Mohamad Norazreen

PENGARAH MEDIA DAN KOMUNIKASI

Muhammad Arif

PENGARAH PERNIAGAAN DAN JENAMA

Muhd Hafiz

PENGARAH TEKNIKAL KEJOHANAN

Noraidal Razmal

PENGARAH PENAJAAN DAN HUBUNGAN KORPORAT